Melaka FC, PT Athletic & KL Rovers Warnai Piala Malaysia 2024-25
October 8, 2024 Hafizuddin Omar

Piala Malaysia 2024-25 yang akan bermula 8hb-10hb November kelak akan diwarnai tiga kelab daripada kancah Liga A1 Semi-Pro iaitu Melaka FC, PT Athletic FC dan Kuala Lumpur Rovers (KL Rovers).

Ketiga-tiga kelab itu mengisi slot tersebut selepas berjaya mengungguli kelompok tiga terbaik liga selepas mengharungi separuh musim Liga A1 Semi-Pro 2024-25.

Melaka FC bimbingan K. Devan dibintangi Azim Rahim dan Nasir Basharudin muncul pendahulu liga dengan mengumpul 33 mata hasil daripada mencetak 10 kemenangan dan tiga keputusan seri.

View this post on Instagram

A post shared by Amateur Football League (@afl_my)

Manakala PT Athletic kendalian Nazrulerwan Makmor dan dibarisi bekas pemain-pemain Liga Super seperti Amri Yahyah, Indra Putra Mahayuddin dan Syazwan Zainon pula di tempat kedua dengan pungutan 29 mata.

Turut sama mengutip 29 mata ialah KL Rovers yang baru sahaja mengikat dua pemain import dari Republik Korea iaitu Lee Ju-Hang dan Moon Si-Hyun serta dilatih oleh Wan Mustaffa Wan Ismail menghuni tangga ketiga liga.

Ketiga-tiga kelab ini akan merebut kejuaraan Piala Malaysia bersama-sama 13 buah kelab Liga Super iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor FC, Terengganu FC, Perak FC, PDRM FC, Kuching City FC, Sabah FC, Kuala Lumpur City FC, Sri Pahang FC, Penang FC, Kedah Darul Aman FC, Kelantan Darul Naim FC dan Negeri Sembilan FC.

Dijangka lawan bagi setiap pasukan pada pusingan 16 akan diketahui selepas sesi undian Piala Malaysia bagi edisi ke-98 ini berlangsung pada penghujung Oktober kelak.

Featured Image: Melaka FC

Komen