Pertembungan melibatkan skuad bola sepak kebangsaan berjulukan Harimau Malaya menentang New Zealand di Auckland pada 14hb Oktober akan dapat disaksikan oleh peminat bola sepak tempatan secara langsung menerusi TV Sarawak (TVS).
Penyiaran langsung Perlawanan Antarabangsa Tier 1 oleh kedua-dua stesen televisyen tersebut turut disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Sepak mula melibatkan skuad kendalian Pau Marti menentang pasukan yang menghuni ranking ke-95 dunia di Stadium North Harbour tersebut dijadualkan pada 2 petang waktu Malaysia.
Ketika ini, Malaysia telahpun berada di New Zealand sejak Isnin lalu untuk menjalani latihan pusat melibatkan 26 orang pemain sebagai persiapan menentang skuad berjulukan All Whites tersebut.
Untuk makluman, TV Sarawak boleh ditonton menerusi saluran 122 di MYTV, Unifi TV dan Astro juga strim secara langsung di laman sesawang tvsarawak.my serta aplikasi MYTV Mana-Mana, Unifi TV dan Astro GO.
Featured Image: Football Association of Malaysia