Terbuka Artik: Zii Jia Mara Ke Suku Akhir Super 500
October 10, 2024 Hafizuddin Omar

Perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia berjaya mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir dalam salah satu Jelajah Dunia BWF Super 500 iaitu Terbuka Artik 2024.

Pemain berusia 26 tahun melakar kemaraan tersebut selepas berhasil menundukkan pemain Jepun yang menghuni ranking ke-30 dunia, Yushi Tanaka pada pusingan 16, sebentar tadi.

Dalam pertarungan tersebut, Zii Jia yang diletakkan selaku pilihan ketiga kejohanan meraih kemenangan secara “straight set” menerusi skor 21-11 dan 21-18 dalam tempoh 42 minit. 

Untuk makluman, kemenangan tersebut dilakar Zii Jia dalam pertemuan pertamanya menentang Yushi di kejohanan antarabangsa.

Sementara itu, pada peringkat suku akhir kelak, Zii Jia akan menantikan cabaran samada daripada pemain China, Lu Guang Zu (ranking 17 dunia) atau pemain Jepun, Koki Watanabe (ranking 14 dunia).

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen