Perjalanan pemenang dua pingat gangsa Sukan Olimpik, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik terhenti di pusingan 16 sekaligus gagal melangkah ke peringkat suku akhir Terbuka Artik 2024 – kejohanan pertama disertai mereka selepas temasya Olimpik.
Aaron-Wooi Yik yang diletakkan pilihan kejohanan gagal melakar kemaraan susulan tewas di tangan beregu England yang menghuni ranking ke-16 dunia, Ben Lane dan Sean Vendy.
Dalam pertarungan tersebut, Aaron-Wooi Yik tumpas secara “straight set” menerusi skor 13-21 dan 8-21 dalam tempoh sekitar setengah jam sahaja.
Kekalahan tersebut menjadi yang kedua dalam sejarah pertemuan membabitkan kedua-dua beregu di kejohanan antarabangsa selepas tewas pada peringkat separuh akhir Sukan Komanwel 2022.
Sebagai rekod, kedua-dua beregu ini telah bertemu sebanyak tujuh kali di kejohanan antarabangsa.
Sementara itu, Ben-Sean yang dapat meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir bagi Jelajah Dunia BWF Super 500 ini akan berhadapan dengan beregu Thailand yang menghuni ranking ke-550 dunia, Dechapol Puavaranukroh dan Kittinupong Kedren.
Featured Image: Olympic Council of Malaysia