
Kelibat pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik, Lee Zii Jia tidak akan kelihatan di Terbuka Denmark 2024 yang merupakan salah satu daripada Jelajah Dunia BWF Super 750.
Ini berikutan pemain berusia 26 tahun tersebut merasakan ketidakselesaan di sekitar pergelangan kakinya ketika turun dalam sesi uji gelanggang di Jyse Bank Arena, pada Isnin.
Selepas membuat pertimbangan lanjut, dengan berat hatinya, Zii Jia terpaksa menarik diri daripada saingan Terbuka Denmark pada tahun ini, demikian pemberitahuan daripada pasukannya, Team LZJ.
Dimaklumkan, Zii Jia yang tiba di Odense, Denmark pada Ahad lalu mengalami kecederaan buku lali ketika beraksi menentang Koki Watanabe pada peringkat suku akhir Terbuka Artik 2024.
Untuk makluman semua, Terbuka Denmark edisi lalu menyaksikan Zii Jia berjaya mara ke perlawanan akhir dan berhasil menaiki podium selaku naib juara.