Sebanyak empat keping tiket sahaja telah terjual bagi pertembungan melibatkan Kedah Darul Aman FC dan Terengganu FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada Sabtu (19 Oktober).
Kemaskini jumlah jualan tiket secara atas talian (online) setakat 15 Oktober menerusi laman sesawang, TicketHotline itu dikongsikan sendiri pihak kelab menerusi hantaran di pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini.
Menerusi hantaran itu juga, pihak kelab turut memaklumkan mengenai penjualan tiket fizikal di empat buat pusat jualan bermula hari ini di Kedai Sukan Athelead, Fantasia Aqua Park, Planet HijauKuning dan Pejabat KDA FC.
Harga jualan tiket bagi bagi penyokong dewasa tuan rumah adalah RM20 (teres), RM30 (pavilion) dan RM40 (grandstand) manakala kanak-kanak pula adalah RM10 (teres & pavilion) dan RM20 (grandstand).
Bagi penyokong pelawat pula, kemasukan melalui pintu T6, harga yang ditetapkan adalah RM30 (teres) dan RM20 (teres) untuk dewasa dan kanak-kanak masing.
Untuk makluman semua, sepak mula pertembungan ke-13 Liga Super melibatkan Kedah Darul Aman FC bimbingan Nafuzi Zain dan Terengganu FC, di bawah pemangkuan Badrul Afzan ini dijadualkan pada jam 9 malam.
Featured Image: Kedah Darul Aman FC