Pasukan yang menghuni tangga ketiga Liga Super pada ketika ini, Terengganu FC kehilangan khidmat seorang bek importnya iaitu Matthew Steenvoorden.
Ini susulan pemain yang pernah beraksi bersama skuad kebangsaan Belanda bawah 19 tahun dan bawah 16 tahun tersebut telah menyertai sebuah kelab baharu yang berpangkalan di Croatia – HNK Gorica.
Penyertaan Steenvoorden bersama kelab berkenaan disahkan menerusi pengumuman pemain yang dikongsikan di platform media sosialnya, pada Selasa.
Kedatangan Steenvoorden ini merupakan penyatuan semula dirinya dengan HNK Gorica selepas pernah beraksi bersama kelab yang sama dari tahun 2019 hingga 2023.
Penyertaaan Steenvoorden itu juga menjadikan jodohnya bersama Terengganu FC hanya bertahan selama sekitar sepuluh bulan sahaja.
Sepanjang bersama Terengganu FC, Steenvoorden meraih empat penampilan Liga Super, dua penampilan Piala FA dan dua penampilan di saingan Piala Shopee.
Featured Image: HNK Gorica