Bandaraya Ipoh Kini Miliki Sebuah Lagi Gelanggang Pickleball
October 16, 2024 Hafizuddin Omar

Ibu negeri Perak iaitu Bandaraya Ipoh kini mempunyai sebuah lagi gelanggang khusus bagi sukan pickleball – sukan yang semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia menggabungkan elemen sukan tenis, badminton dan ping-pong.

Penambahan gelanggang khusus bagi sukan itu susulan pembukaan Pickleball Fun Club (PFC) yang terletak di Jalan Wan Mohd Salleh, Ipoh pada bulan ini.

Buat masa ini, ianya mempunyai lima buah gelanggang terbuka (outdoor) dilengkapi dengan pagar yang membahagikan setiap gelanggang, sistem pencahayaan untuk permainan waktu malam dan lantai gelanggang khusus untuk memberikan pengalaman bermain yang terbaik. 

Dimaklumkan, pihak pengendali gelanggang berkenaan mempunyai perancangan untuk menukar beberapa gelanggang kepada jenis berbumbung pada Fasa 2.

PFC ini beroperasi setiap hari dengan kadar sewaan gelanggangnya berharga RM38 bagi setiap jam untuk hari Isnin hingga Khamis. Manakala, bagi hari Jumaat hingga Sabtu pula ianya berharga RM48 bagi setiap jam.

Sewaan tersebut termasuk dengan pinjaman empat buah ‘paddle’ yang perlu dipulangkan semula selepas tamat sesi sewaan. Bagaimanapun, bola perlu dibeli dan ada dijual di sana.

Bagi pemain pickleball dan penduduk di sekitar Ipoh yang berminat untuk menempah gelanggang di PFC tersebut, ianya boleh dilakukan di laman sesawang, pickleballfunclub.my

Komen