Jualan tiket secara atas talian (online) bagi perlawanan Kedah Darul Aman FC menentang Terengganu FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada Sabtu kelak menunjukkan sedikit peningkatan.
Menerusi perkongsian oleh pihak kelab, sebanyak 43 keping telah terjual setakat 17hb Oktober menerusi laman sesawang, TicketHotline, berbanding hanya empat keping pada dua hari lalu.
Selain daripada jualan secara atas talian, Kedah Darul Aman FC yang dimilik oleh Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar turut melakukan jualan tiket bagi aksi ke-13 Liga Super itu secara fizikal.
Empat lokasi jualan telah diumumkan iaitu Kedah Sukan Athelead, Fantasi Aqua Park, Planet HijauKuning dan Pejabat KDA FC selain dijual di kaunter B & F di Stadium Darul Aman pada hari perlawanan bermula jam 10 pagi.
Bagaimanapun, tiada sebarang kemaskini mengenai rekod jualan tiket secara fizikal dikongsikan oleh pihak kelab setakat ini.
Untuk makluman, Kedah Darul Aman FC bimbingan Nafuzi Zain kini berada di tangga kesebelas Liga Super selepas mengharungi sepuluh perlawanan.
Sementara itu, Terengganu FC yang baru sahaja kehilangan bek importnya, Matthew Steenvoorden pula berada di tangga ketiga Liga Super.
Featured Image: Kedah Darul Aman FC