Pengurus yang berjaya membimbing Chelsea merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara UEFA, trofi Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab FIFA dilantik sebagai pengendali skuad bola sepak lelaki senior England.
Individu yang dilantik tersebut ialah Thomas Tuchel, 51 tahun, kelahiran Krumbach, Jerman.
Perkara tersebut disahkan selepas Persatuan Bola Sepak (FA) mengumumkan perlantikan tersebut secara rasmi pada Rabu menerusi siaran media di laman sesawang rasminya.
Bagaimanapun, Tuchel akan memulakan tugas melatih skuad berjulukan The Three Lions itu pada 1hb Januari 2025 kelak sambil dibantu oleh Anthony Barry.
Baca: Ketua Jurulatih Selangor Diberi ‘Nickname’ Kalle oleh Thomas Tuchel?
Dalam siaran media yang sama, FA turut memaklumkan tempoh kontrak Tuchel bersama England adalah 18 bulan sahaja atau sehingga selesainya Piala Dunia 2026 yang berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada & Mexico.
Sebagai rekod, perlantikan ini menjadikan Tuchel menjadi pengurus asing yang ketiga membimbing skuad kebangsaan England selepas Sven-Goran Eriksson dan Fabio Capello.
Sementara itu, pengendali sementara skuad England pada ketika ini, Lee Carsley akan meneruskan tugasnya mengendalikan The Three Lions untuk mengharungi dua perlawanan akhir peringkat kumpulan Liga Negara-Negara UEFA pada bulan hadapan.
Featured Image: England Football