Belanjawan 2025: Lebih RM230 Juta Untuk Pembangunan Sukan
October 18, 2024 Hafizuddin Omar

Lebih daripada RM230 juta diperuntukkan oleh Kerajaan untuk terus memperhebatkan lagi pembangunan sukan negara.

Angka tersebut diumumkan oleh Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 bertempat di Dewan Rakyat, pada hari ini.

Jumlah tersebut merangkumi pelbagai perkara seperti Program Podium, latihan atlet dan Road to Gold (RTG) – satu program untuk memberikan sokongan tambahan buat atlet yang mampu meraih pingat emas di Sukan Olimpik.

Bukan itu sahaja, peruntukan tersebut turut mencakupi peruntukan untuk mempersiapkan atlet para menjelang sukan para dunia termasuk Deaflympic Tokyo 2025.

Selain itu, kerja-kerja untuk menyelenggara dan membaiki kemudahan belia dan sukan seluruh negara turut diambil daripada peruntukan ini. 

Akhir sekali, Geran Padanan Sukan (GPS) yang merupakan sebagai galakan penganjuran pertandingan sukan oleh persatuan dan NGO juga termasuk dalam peruntukan ini.

Sebagai perbandingan, Belanjawan 2024, memperuntukkan sebanyak RM20 juta untuk program RTG manakala RM50 juta bagi selenggara dan naik taraf prasarana sukan daif.

Featured Image: Olympic Council of Malaysia

Komen