Legenda Badminton, Taufik Hidayat Dilantik Timbalan Menteri Belia dan Sukan Indonesia

October 21, 2024
Badminton

Hafiz Omar

Pemain badminton Indonesia yang pernah merangkul kejuaraan dunia, pingat emas Sukan Olimpik, Sukan Asia dan Sukan SEA iaitu Taufik Hidayat dipilih sebagai Wakil Menteri Pemuda dan Olahraga (Wamenpora) atau Timbalan Menteri Belia dan Sukan bagi Republik Indonesia.

Bekas atlet berusia 43 tahun tersebut dipilih secara rasmi menyertai Kabinet Merah Putih di bawah pemerintahan Prabowo Subianto – Presiden Kelapan Republik Indonesia – bagi penggal 2024-2029.

Taufik akan bertugas di kementerian tersebut bersama Menteri Belia dan Sukan (Kemenpora), Dito Ariotedjo.

Sebagai rekod, sepanjang bergelar pemain, Taufik juga pernah merangkul kejuaraan Terbuka Indonesia sebanyak enam kali iaitu edisi 1999, 2000, 2002, 2003, 2004 dan 2006.

Selain itu, Taufik juga pernah berada di puncak dengan menghuni ranking No.1 dunia dalam kategori perseorangan lelaki serta membawa Indonesia menjuarai saingan Piala Thomas.

Pada tahun 2013, Taufik memutuskan untuk bersara sebagai pemain badminton profesional pada usia 32 tahun.

Featured Image: Instagram Taufik Hidayat

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd