SSMIV Belum Bersedia, KDN FC Guna Stadium Temerloh Sebagai ‘Home’
October 23, 2024 Hafizuddin Omar

Skuad berjulukan Kijang Emas iaitu Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) terpaksa menangguh seketika hajat untuk kembali beraksi di gelanggang sendiri, Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV) untuk saingan Liga Super yang seterusnya.

Ini susulan penganjur, Malaysian Football League (MFL) memaklumkan telah melakukan pindaan dengan menjadikan Stadium Majlis Perbandaran Temerloh selaku venue “home” bagi KDN FC ketika bertemu Sri Pahang FC pada Jumaat.

“Pindaan ini telah dipersetujui oleh kedua-dua pasukan yang terlibat,” tulis kenyataan MFL, pada hari ini.

Difahamkan, pindaan ini dilakukan berikutan SSMIV masih terlibat dengan kerja-kerja menaik taraf padang – khususnya saliran.

Untuk makluman semua, sepak mula bagi pertembungan melibatkan KDN FC dan Sri Pahang untuk aksi ke-14 Liga Super ini dijadualkan pada jam 9 malam.

Komen