Kelayakan Piala Asia B-17: Nazriev Sumbat 14 Gol Bantu Tajikistan Benam Guam 33-0
October 24, 2024 Hafizuddin Omar

Skuad Tajikistan bukan sahaja memulakan kempen peringkat Kumpulan J, kelayakan Piala Asia Bawah 17 Tahun (B-17) dengan langkah kanan bahkan kemenangan besar 33-0 ke atas Guam, pada Rabu.

Kemenangan besar tanpa balas tersebut menyaksikan Muhammad Nazriev muncul penjaring terbanyak dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Bishan, Singapura terbabit dengan jumlah 14 gol. 

Jaringan tersebut dijelmakan oleh pemain berusia 16 tahun tersebut pada minit ke-5, ke-12, ke-22, ke-38, ke-49, ke-50, ke-55, ke-58, ke-66, ke-67, ke-73, ke-76, ke-82 dan ke-83.

Sementara itu, Nazrullo Ashuralizoda, 16 tahun, melakar hatrik berganda dengan menjaringkan gol pada minit ke-6, ke-10, ke-30, ke-38, ke-45+1 dan ke-52.

Manakala Jafoev Umed meraih hatrik dengan mencetak jaringan pada minit ke-20, ke-23 dan ke-32.

Tiga lagi pemain menyumbangkan dua gol masing-masing buat Tajikistan iaitu Haidarsho Khudoidodov (ke-2, ke-25), Parviz Bobonanazarov (ke-41, ke-42) dan Asadbek Makhtumov (ke-63, ke-77). 

Untuk makluman semua, pada separuh masa pertama sahaja mereka sudah mendahului Guam dengan kedudukan 17-0 sebelum menambah 16 gil pada separuh masa kedua.

Bagi perlawanan seterusnya, Tajikistan akan berhadapan hos, Singapura pada Jumaat sementara Guam pula akan bertemu Oman.

Featured Image: AFC

Komen