Ranking FIFA: Kedudukan Malaysia Jatuh Selepas Tewas Kepada New Zealand
October 24, 2024 Hafizuddin Omar

Kedudukan Malaysia dalam Ranking Dunia FIFA nampaknya mengalami penurunan selepas tewas 0-4 dalam Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang New Zealand pada 10hb Oktober lalu.

Kemaskini oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada hari ini menyaksikan Malaysia bimbingan Pau Marti jatuh satu anak tangga berbanding kedudukan sebelumnya.

Kejatuhan itu meletakkan skuad berjulukan Harimau Malaya di tangga ke-33 dunia.

Kemaskini itu turut memperlihatkan Thailand semakin mengukuhkan kedudukan mereka dalam kelompok 100 terbaik dunia dengan menduduki tangga ke-96 dunia – peningkatan empat anak tangga.

Kedudukan itu juga mengukuhkan mereka selaku pasukan No.1 bagi rantau asia tenggara.

Sementara itu, Vietnam dan Indonesia mencatatkan kejatuhan tiga dan satu anak tangga masing-masing namun masih berada di atas Malaysia dengan menghuni kedudukan ke-119 dan ke-130.

Pasukan-pasukan lain dari asia tenggara seperti Filipina, Singapura, Myanmar, Kemboja, Brunei Darussalam dan Laos pula berada di ranking ke-145, ke-162, ke-165, ke-181, ke-184 dan ke-187 masing-masing.

Sebagai tambahan, kemaskini Ranking Dunia FIFA yang berikutnya dijadualkan pada 28hb November 2024.

Featured Image: Football Association of Malaysia

Komen