Peruntukan sebanyak 700 keping tiket “away” buat pasukan pelawat untuk menyaksikan pertembungan Selangor FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Ahad di Stadium MBPJ telah dibeli kesemuanya oleh pasukan pelawat.
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh pasukan tuan rumah, Selangor FC menerusi di perkongsian di pelbagai platform media sosialnya pada Khamis – hari yang sama penjualan tiket secara atas talian bagi pertembungan tersebut dibuka.
Pada masa yang sama, pihak tuan rumah turut menetapkan penyokong “away” tidak dibenarkan membeli tiket penyokong “home” yang dijual secara atas talian.
Selain itu, kawalan penyokong yang hadir ke stadium semasa hari perlawanan dilihat bakal diperketatkan dengan penetapan beberapa peraturan.
Antaranya, penyokong yang memakai jersi atau baju pasukan “away” hanya dibenarkan masuk ke dalam stadium mengikut pintu “Open Away” sahaja.
Manakala penyokong “home” pula boleh memasuki stadium menerusi pintu “Grandstand” dan “Open Home” mengikut tiket yang dibeli atau pas bermusim yang dimiliki disamping tidak dibenarkan berada di tempat duduk penyokong “away”.
Untuk makluman, tiket bagi penyokong “home” dijual pada harga RM30 (grandstand), RM25 (open) dan RM5 (kanak-kanak) masing-masing.
Sepak mula bagi pertembungan ke-14 Liga Super melibatkan penghuni tangga kedua liga, Selangor FC dan pendahulu liga merangkap juara bertahan, JDT dijadualkan pada jam 8.15 malam.
Featured Image: JOHOR Southern Tigers