Bonnie Terima RM1.02 Juta Daripada SHAKAM – Hasil Kutip Emas & Pecah Rekod
October 28, 2024 Hafizuddin Omar

Wang tunai RM1,020,000 masuk ke dalam akaun peribadi milik jaguh powerlifting para negara, Bonnie Bunyau Gustin selepas berjaya merangkul pingat emas dan memecahkan rekod di Paralimpik Paris 2024.

Ganjaran tersebut masuk ke dalam akaun atlet kelahiran Sarawak berusia 25 tahun sebaik sahaja Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh menyampaikan “mock cheque” menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) dalam majlis yang berlangsung di hotel bertempat di Subang Jaya, pada Jumaat.

Secara pecahannya, RM1,000,000 juta itu diberikan kepada Bonnie hasil membutirkan pingat emas manakala tambahan RM20,000 pula ekoran memecahkan rekod dengan melakukan angkatan seberat 232 kilogram (kg).

Selain Bonnie, jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou yang turut memungut pingat bagi kategori perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) di Paralimpik Paris 2024 turut sama menerima RM1,000,000.

Manakala dua atlet olahraga para, Muhammad Ziyad Zolkefli dan Datuk Abdul Latif Romly yang meraih pingat perak di temasya yang sama membawa pulang RM 300,000 masing-masing. 

Pelari 100 meter (m) lelaki dalam kategori T44, Eddy Bernard pula menerima RM100,000 wang tunai hasil menuai pingat gangsa.

Majlis penyampaian hadiah ini turut dilengkapi dengan pemberian wang tunai sebanyak RM100,000 masing-masing kepada Lee Zii Jia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang meraih pingat gangsa dalam acara badminton di Sukan Olimpik Paris 2024.

Komen