Erik Ten Hag Tinggalkan Manchester United, van Nistelrooy Dipilih Ketua Jurulatih ‘Interim’

October 28, 2024
Bola Sepak

Hafiz Omar

Pengurus kelahiran Belanda yang berusia 54 tahun, Erik Ten Hag bukan lagi pengendali buat pasukan yang beraksi dalam kancah Liga Perdana (PL) iaitu Manchester United. 

Ini susulan skuad berjulukan The Red Devils mengumumkan Ten Hag yang mempimpin mereka menjuarai Piala Liga dan Piala FA telah meninggalkan Manchester United – kira-kira 20 bulan sebelum kontraknya semasanya tamat.

Pengumuman itu disiarkan di laman sesawang rasminya selain dikongsikan di pelbagai platform media sosial milik kelab berkenaan, pada hari ini.

Berikutan pengosongan terbabit, pihak pengurusan memaklumkan bahawa salah seorang penyerang legendanya, Ruud van Nistelrooy dipilih menjadi ketua jurulatih “interim” bagi menghadapi perlawanan-perlawanan berikutnya.

Difahamkan, urusan dan gerak kerja mengrekrut ketua jurulatih sepenuh masa telah dimulakan oleh pihak pengurusan bermula saat sekarang.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd