
Teka-teki mengenai individu yang akan dilantik untuk menjawat jawatan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) bagi penggal 2024-2028 telah terjawab pada hari ini.
Presiden KLFA, Syed Yazid Syed Omar menerusi kenyataan media memaklumkan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif KLFA pertama selepas Kongres KLFA Ke-35 baru-baru ini secara sebulat suara melantik Timbalan Presiden KLFA, Datuk Kamarudin Hassan selaku Setiausaha Agung KLFA yang baharu.
Perlantikan Datuk Kamarudin atau turut dikenali sebagai Datuk Dino itu sekaligus menggantikan Nokman Mustaffa yang memegang jawatan tersebut pada penggal lalu.


Mesyuarat yang sama turut memilih dan melantik Mohd Zaki Haruddin sebagai Bendari KLFA. Syed Yazid berkata lantikan kedua-dua individu tersebut selaras dengan Artikel 36 (C) seperti yang termaktub di dalam Statut KLFA.
Pada masa yang sama, mesyuarat yang dihadiri oleh semua Jawatankuasa Eksekutif yang terpilih pada Kongres Ke-35 KLFA pada 12 Oktober lalu turut menyaksikan perlantikan pengerusi dan timbalan pengerusi bagi jawatankuasa tetap KLFA berikut:
- Jawatankuasa Kewangan, Pelaburan dan Pengurusan
- Jawatankuasa Pasukan Negeri dan Pertandingan Antarabangsa
- Jawatankuasa Penajaan dan Pemasaran
- Jawatankuasa Undang-Undang, Peraturan dan Integriti
- Jawatankuasa Bola Sepak Wanita
- Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai
- Jawatankuasa Pengadil dan Pertandingan Tempatan
- Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Bola Sepak Belia
- Jawatankuasa Media dan Perhubungan Awam
- Jawatankuasa Tiket dan Stadium
- Jawatankuasa Keselamatan, Sambutan dan Kelab Penyokong
- Jawatankuasa Aset dan Harta Benda
- Jawatankuasa Perubatan dan Sains Sukan
Disamping itu, Ketua Penolong Pengarah PKSB Bukit Aman, SAC Sarifudin Mohd Salleh turut diumumkan secara rasmi sebagai Pengerusi Badan Kehakiman.
Featured Image: Facebook Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur