Perak FC Guna Stadium Sultan Ibrahim Sebagai ‘Home’
November 5, 2024 Hafizuddin Omar

Skuad berpangkalan di utara semenanjung tanah air, Perak FC memilih Stadium Sultan Ibrahim (SSI) sebagai “home” untuk aksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 10 November kelak.

Pemilihan stadium berkapasiti sekitar 40,000 tempat duduk itu juga telah dimaklumkan kepada pengelola liga tempatan, Malaysian Football League (MFL), demikian kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Sebelum ini, MFL telah meminta Perak FC untuk menamakan venue alternatif berikutan risiko keselamatan bagi perlawanan berprofil tinggi ini. 

Selain itu, MFL meminta menamakan venue alternatif itu juga untuk mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini yang mungkin akan menangguhkan lagi jadual Liga Super bagi separuh musim ini yang masih belum lengkap.

Sebagai maklum balas kepada permintaan MFL itu, Perak FC telah menamakan SSI sebagai gelanggang mereka untuk perlawanan tertunda tersebut.

Untuk makluman semua, dua pertembungan Perak FC dan JDT yang dijadualkan berlangsung pada 17hb Ogos dan 5hb Oktober sebelum ini terpaksa ditangguhkan akibat hujan lebat.

Pada masa yang sama, keputusan yang dibuat pada kali ini adalah untuk memastikan undian Piala Malaysia 2024-25 pada 11hb November 2024 dapat berjalan seperti yang dirancang.

Featured Image: JOHOR Southern Tigers

Komen