Bekas penyerang sayap Selangor FC, Reziq Banihani yang kini beraksi bersama kelab negara kelahirannya iaitu Al Hussein SC menjadi hero ketika beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) pada malam tadi.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Markaziy itu menyaksikan tuan rumah, FC Nasaf terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi jaringan oleh Sharof Mukhiddinov pada minit ke-23.
Tidak menunggu lama, Reziq yang dimasukkan oleh ketua jurulatihnya, Joao Mota pada minit ke-18 berjaya menyamakan kedudukan menerusi satu tandukan cantik di dalam kotak penalti pada minit 31.
Pemain berusia 22 tahun ini sekali lagi menyerlahkan kehebatannya di dalam kotak penalti apabila berjaya mengatasi pertahanan Naasaf untuk merebat masuk bola ke dalam jaringan pada minit 45+2 sebelum menuju ke bilik persalinan.
Separuh masa kedua bersambung dengan kedua-duanya saling menyerang untuk mencari jaringan tambahan terutamanya pasukan tuan rumah bimbingan Ruziqul Berdiev yang menginginkan jaringan penyamaan.
Namun begitu, kekentalan kedua-dua penjaga gol selain serangan yang tidak begitu berbahaya dilancarkan oleh kedua-dua pasukan menyaksikan kedudukan 1-2 itu kekal sehingga pengadil meniup wisel menamatkan permainan.
Kemenangan itu memberikan tiga mata yang berharga buat Al Hussein sekaligus membawa mereka mengungguli Kumpulan D dengan kutipan sembilan mata daripada empat perlawanan.
Sebagai rekod, Reziq telah merekodkan empat penampilan dalam saingan ACL2 sejak menyertai Al Hussein bermula 11hb September.
Featured Image: AFC