Beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berjaya meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir bagi salah satu Jelajah Dunia BWF Super 300.
Kemaraan itu dilakarnya susulan berjaya menumpaskan gandingan Ko Sung Hyun dan Shin Baek Cheol yang menghuni ranking ke-248 pada pusingan 16, Korea Masters 2024, pada hari ini.
Aaron-Wooi Yik yang turut diletakkan selaku pilihan pertama kejohanan berjaya menumpaskan pasangan tuan rumah terbabit secara “straight set” menerusi skor 21-18 dan 21-17 dalam tempoh masa 32 minit.
Keputusan itu bukan sahaja membawa mereka ke pusingan berikutnya bahkan membolehkan pemenangan pingat gangsa Sukan Olimpik sebanyak dua kali ini membalas dendam ke atas kekalahan yang dialami mereka di Terbuka Perancis 2021.
Ketika itu, Aaron-Wooi Yik yang julung kalinya bertembung Ko-Shin terpaksa akur tewas pertarungan tersebut menerusi skor 21-14, 10-21 dan 22-24.
Sementara itu, pada pusingan seterusnya, Aaron-Wooi Yik akan bertemu samada beregu Chinese Taipei, Lu Chen dan Po Li-wei atau sepasanga beregu tuan rumah, Kim Jae Hyeon dan Lee Sang Won untuk merebut tiket ke peringkat separuh akhir.
Featured Image: BAM