Klinik STL 2024 Tarik Penyertaan Hampir 2,000 Peserta
November 13, 2024 Hafizuddin Omar

Klinik STL yang diadakan pada musim ini berjaya menarik  penyertaan hampir 2,000 penyertaan membabitkan lima lokasi termasuk di sekolah dan lokasi terpilih sepanjang jelajah Sepak Takraw League (STL) berlangsung. Program pembangunan bakat  ini adalah inisiatif kelestarian Astro Arena Bersama Astro Kasih dalam memupuk minat serta  mencungkil bakat-bakat muda dalam sukan sukan sepak takraw.

Ketua Kakitangan Astro dan Ketua Prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), Foo Su Lynn berkata, pada musim ini, selain menyiarkan  kejohanan atau temasya sukan, Astro juga komited memperkasakan program pembangunan dan telah berjaya mencipta impak yang lebih besar kepada komuniti khususnya golongan belia dengan mendorong semangat pelajar untuk beraspirasi tinggi mencipta kejayaan dalam sukan sepak takraw ini. 

“Sebelum ini, Astro Kem Badminton telah merekrut seramai 21,300 anak-anak muda sejak 2012  dan 30 peratus daripada mereka kini telah bergelar pemain professional. Kini tiba masanya untuk kami memperluaskan lagi program pembangunan bakat generasi muda melalui sukan tempatan STL yang sudah menjadi ikonik selama sedekad penganjurannya. Klinik STL yang memasuki tahun kedua ini adalah untuk memberi inspirasi kepada generasi muda untuk meneruskan perjalanan  menjadi pemain elit dan bertaraf dunia satu hari nanti.” katanya. 

“Kami berharap akan terus meningkatkan jumlah peserta dan akan memberi penambahbaikan di  dalam musim akan datang, kami amat mengalu-alukan penglibatan sektor korporat tidak kira  dalam apa jua bentuk sumbangan dalam melestarikan sukan sepak takraw ini dari peringkat akar  umbi. Astro juga amat berbesar hati dengan kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh  Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam  memberi pengiktirafan markah PAJSK berbentuk merit penglibatan dan penyertaaan peringkat  negeri kepada pelajar-pelajar yang menyertai Klinik STL ini.” katanya. 

Pada musim lalu menyaksikan seramai 1,500 orang perserta dan kini semakin berkembang dengan lebih ramai penyertaaan dan kemeriahan serta pelbagai kelainan dan suntikan semangat  kepada perserta. Dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Klinik STL turut  mendapat sentuhan serta bimbingan jurulatih-jurulatih profesional negara selain kehadiran  pemain-pemain STL dan kebangsaan negara yang turut hadir memberi tunjuk ajar kepada  peserta.  

Selain berpeluang menyaksikan perlawanan STL dengan lebih dekat, peserta terbaik turut diberi  peluang untuk beraksi di dalam gelanggang sebenar dan telah disiarkan secara langsung di Astro Arena. Pendedahan dan pengalaman ini adalah platform untuk menyemarakkan lagi semangat  mereka untuk beraksi di liga berprestij dan kompetitif seperti STL satu hari nanti. 

Sementara itu, STL meneruskan lagi saingan dalam STL Champion Cup 2024 menyaksikan lapan pasukan membabitkan empat pasukan teratas STL Premier dan empat pasukan jemputan  antarabangsa akan berentap merebut piala berprestij ini bermula 13 hingga 17 November 2024  ini Stadium MBSJ, Serdang.

Komen