JDT III Cipta Hatrik Kejuaraan Piala Presiden
November 14, 2024 Hafizuddin Omar

Johor Darul Ta’zim III meraih gelaran juara Piala Presiden buat kali ketiga berturut-turut apabila mengesahkan kemenangan ke atas Selangor FC dalam perlawanan akhir kedua yang berlangsung pada Rabu.

Perlawanan akhir kedua yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang itu berkesudahan dengan keputusan seri tanpa sebarang jaringan. 

Namun begitu, kemenangan 2-1 dilakar JDT III pada perlawanan akhir pertama di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 6hb November lalu membolehkan mereka muncul juara bagi edisi 2024.

Selaku juara bagi edisi kali ini, JDT III turut meraih ganjaran berupa wang tunai sebanyak RM100,000 manakala naib juara iaitu Selangor FC  pula menerima wang tunai bernilai RM75,000.

Sementara itu, penyerang JDT III, Abdul Raziq Abdul Rahman pula menggondol anugerah penjaring terbanyak selepas mencetak 14 gol sepanjang musim ini.

Featured Image: Football Association of Malaysia

Komen