Gandingan Hoo Pang Ron dan Cheng Su Yin yang berusia 26 dan 21 tahun masing-masing mencipta kejutan ke atas beregu No.2 Indonesia, Rinov Rivaldy dan Pitha Haningtyas Mentari di Kumamoto Masters 2024.
Pang Ron-Su Yin yang menghuni ranking ke-25 dunia mencipta kejutan tersebut ketika turun berhadapan pasangan itu pada pusingan 16 sekaligus melakar kemaraan ke peringkat suku akhir di Jelajah Dunia BWF Super 500 berkenaan.
Dalam pertarungan tersebut, Pan Ron-Su Yin melakar kemenangan menerusi tiga set permainan dengan keputusan 18-21, 24-22 dan 21-10 dalam tempoh masa satu jam.
Kejutan itu juga dirakamkan ketika Pang Ron-Su Yin bertemu Rinov-Pitha yang menghuni ranking ke-15 dunia buat julung kalinya di pentas antarabangsa.
Sementara itu, di peringkat suku akhir kelak, Pang Ron-Su Yin akan berhadapan dengan beregu Thailand, Dechapol Puavaranukroh dan Supissara Paewsampran untuk merebut tiket ke peringkat separuh akhir.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia