Skuad bola sepak kebangsaan berhasil mencetak kemenangan ke atas Laos dalam Perlawanan Antarabangsa Tier 1 yang berlangsung di Bangkok, pada hari ini.
Perlawanan yang bermula dalam keadaan hujan di Stadium PAT itu menyaksikan Malaysia bimbingan Pau Marti meraih kemenangan dengan keputusan 3-1.
Ianya bermula dengan tandukan oleh Harith Haiqal seawal minit keenam dan diikuti dengan dua gol menerusi sepakan penalti oleh Stuart Wilkin dan Sergio Aguero pada minit ke-64 dan ke-83 masing-masing.
Kedua-dua penalti itu disumbangkan oleh pengadil berikutan Wilkin dan Aguero dikasari dan dijatuhkan dalam kotak penalti.
Sementara itu, Laos yang menduduki ranking ke-187 dunia pula mencetak jaringan tunggalnya Kydavone Souvanny pada minit ke-34 setelah memanfaatkan kesilapan benteng pertahanan Malaysia.
Sebagai rekod, kemenangan yang dicetak pada malam ini merupakan yang kelima berturut-turut buat Malaysia ke atas Laos sejak 2015.
Selepas ini, Malaysia atau nama julukannya Harimau Malaya akan menghadapi satu lagi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu India di Hyderabad pada 19hb November.
Featured Image: FAM