Kumamoto Masters: Jun Hao Cipta Kejutan, Zii Jia Rekod Kekalahan
November 15, 2024 Hafizuddin Omar

Saingan Kumamoto Masters 2024 yang sedang berlangsung pada minggu ini menyaksikan perseorangan lelaki No.2 tanah air, Leong Jun Hao mencipta kejutan sekaligus melakar kemaraan ke peringkat separuh akhir.

Jun Hao, yang menghuni ranking ke-31 dunia, melakar kemaraan tersebut selepas menundukkan pilihan kedua kejohanan yang menduduki ranking keempat dunia, Kodai Naraoka ketika bertembung pada Pusingan 16, hari ini.

Bagaimanapun, kemenangan tersebut tidak bergolek dengan mudah dimana Jun Hao terpaksa bertarung selama satu jam dan 20 minit terlebih dahulu sebelum dapat menoktahkan permainan menerusi skor 21-17, 9-21 dan 21-16.

Bukan sahaja mengejutkan lawan yang lebih tinggi ranking daripadanya, kemenangan tersebut turut menandakan kemaraan pertama Jun Hao ke peringkat separuh akhir dalam mana-mana kejohanan individu yang disertainya pada tahun ini.

Pada peringkat separuh akhir bagi salah satu siri Jelajah Dunia BWF Super 500 ini, Jun Hao akan berhadapan pula dengan pemain No.1 Indonesia, Jonatan Christie untuk merebut tiket ke perlawanan akhir.

Sementara itu, lain pula nasib yang menimpa perseorangan lelaki No.1 tanah air, Lee Zii Jia.

Pemain kelahiran Alor Setar, Kedah ini terpaksa akur menamatkan kempennya di Kumamoto Masters 2024 setakat peringkat suku akhir susulan tewas di tangan Jonatan.

Dalam pertarungan tersebut, Zii Jia yang meraih pingat gangsa Sukan OIimpik 2024 tewas di tangan Jonatan menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-12, 18-21 dan 18-21 dalam tempoh masa 64 minit.

Featured Image: BAM

Komen