Jorge Martin Rangkul Kejuaraan MotoGP 2024

November 18, 2024
MotoGP

Hafiz Omar

Selepas 20 perlumbaan pecut dan 19 perlumbaan Grand Prix pada musim ini, pelumba Sepanyol, Jorge Martin daripada Prima Pramac Racing dinobatkan sebagai pemenang Kejuaraan Dunia MotoGP 2024.

Kejuaraan pertamanya itu disahkan selepas pelumba berusia 26 tahun tersebut menamatkan perlumbaan terakhir, GP Barcelona, di tempat ketiga.

Kedudukan itu sudah memadai buat Martin mengumpul 508 mata dan mengatasi pencabar terdekatnya, Francesco Bagnaia dari Ducati yang muncul juara di GP Barcelona dan mengumpul 498 mata – perbezaan sebanyak sepuluh mata.

Sementara itu, tempat kedua di GP Barcelona pula menjadi milik juara dunia sebanyak enam kali, Marc Marquez dari Gresini Racing dan menghuni tangga ketiga carta kejuaraan dunia dengan pungutan 386 mata.

Untuk makluman semua, kemenangan Martin juga menobatkan dirinya sebagai pelumba pertama daripada pasukan satelit yang merangkul kejuaraan dunia di era MotoGP.

Featured Image:Β MotoGP

Β© 2025 Amanz Media Sdn Bhd