Peminat dan penggiat sukan skuasy dan badminton di negeri Terengganu akan menyaksikan pertambahan venue bagi sukan kegemaran mereka apabila sebuah dewan serbaguna bagi tujuan tersebut akan dibina kelak.
Perkembangan ini hadir selepas Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan pembinaan dewan tersebut semasa membentangkan Belanjawan 2025 yang bertemakan Demi Masa Depan Terengganu, pada hari ini.
“Kerajaan Negeri juga akan melaksanakan kerja-kerja membina sebuah bangunan dewan serbaguna untuk “indoor game” seperti skuasy dan badminton serta kemudahan berkaitan di Kompleks Sukan Negeri Terengganu sebagai langkah melonjakkan kecemerlangan prestasi sukan.” katanya.
Ketika ini, Kompleks Sukan Negeri Terengganu (KSNT) yang terletak di Gong Badak menempatkan beberapa fasiliti sukan seperti Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Stadium Tertutup Gong Badak, Litar Permotoran, Litar Motor Cross, Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Ar-Riyadah Residence serta Trek Joging & Gimnasium Luar Bangunan Tasik KSNT.
Untuk makluman, kerajaan negeri Terengganu memperuntukkan sejumlah RM1.887 bilion untuk Belanjawan 2025 dimana RM1.792 untuk perbelanjaan bekalan dan RM94.99 untuk perbelanjaan tanggungan.
Featured Image: Squash Racquets Association of Malaysia