Beregu campuran No.1 negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei berhasil melepasi halangan pertama di China Masters 2024 apabila berjaya menumpaskan Ye Hong Wei dan Nicole Gonzales Chan.
Beregu dari Chinese Taipei itu tumpas di tangan Tang Jie-Ee Wei menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-23, 21-9 dan 21-12 dalam tempoh permainan yang menghampiri satu jam lamanya.
Kemenangan pertama Tang Jie-Ee Wei ke atas pasangan No.77 dunia tersebut sekaligus membawa mereka ke pusingan 16 Jelajah Dunia BWF Super 750.
Pusingan seterusnya, Tang Jie-Ee Wei yang diletakkan selaku pilihan keempat kejohanan akan berhadapan samada beregu Perancis yang menghuni ranking ke-17 dunia, Thom Gicquel dan Delphine Delrue atau beregu China, Zhou Zhi Hong dan Bao Li Jing.
Featured Image: BAM