Perseorangan lelaki No.2 negara, Leong Jun Hao kembali dalam kelompok 30 pemain terbaik dunia selepas muncul naib juara Kumamoto Masters 2024, pada minggu lalu.
Kemaraan pemain berusia 25 tahun terbabit ke perlawanan akhir kejohanan tersebut telah memberikannya pertambahan sebanyak 7,800 mata sekaligus mengumpul 47,528 mata.
Pertambahan mata itu telah melonjakkan kedudukannya dalam Ranking Dunia sebanyak dua anak tangga dan meletakkannya di tangga ke-29 dunia pada minggu selepas Persekutuan Badminton Dunia (BWF) melakukan kemaskini, pada hari ini.
Di kejohanan tersebut, Jun Hao terpaksa akur dengan gelaran naib juara susulan tumpas secara “straight set” menerusi skor 10-21 dan 13-21 di tangan Li Shi Feng dalam tempoh masa 44 minit.
Sementara itu, kemaskini yang sama menyaksikan kedudukan perseorangan No.1 negara, Lee Zii Jia tidak mengalami sebarang perubahan dan kekal di tangga ketujuh dunia.
Manakala perseorangan muda negara, Justin Hoh yang tewas di tangan Zii Jia pada minggu lalu mencatatkan peningkatan satu anak tangga dan menghuni ranking ke-49 dunia pada minggu ini.
Featured Image: Thailand Open