China Masters: Soon Huat-Shevon Kandas Awal
November 19, 2024 Hafizuddin Omar

Beregu campuran No.2 negara yang juga pasangan suami isteri, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai terpaksa akur tersingkir awal daripada saingan China Masters 2024.

Gandingan yang menghuni ranking kesembilan dunia itu tersingkir susulan tumpas di tangan beregu China di tangga ke-13 dunia, Guo Xin Wa dan Chen Fang Hui  pada pusingan 32.

Dalam pertarungan terbabit, Soon Huat-Shevon yang muncul naib juara Terbuka China 2024 tewas secara “straight set” menerusi skor 9-21 dan 9-21 dalam tempoh masa tidak sampai setengah jam.

Skor tersebut menghanguskan sama sekali peluang mereka untuk ke pusingan berikutnya.

Sementara itu, Xin Wa-Fang Hui yang meraih kemenangan akan menantikan gandingan Jepun, Yuta Watanabe dan Maya Taguchi pada pusingan 16 kelak.

Terdahulu, Yuta–Maya mara selepas mencetak kemenangan ke atas beregu England, Gregory Mairs dan Jenny Mairs secara “straight set” menerusi skor 21-16 dan 21-16.

Featured Image:  BAM

Komen