Beregu campuran No.5 negara, Wong Tien Ci dan Lim Chiew Sien akan bertembung dengan pilihan ketiga kejohanan dari Hong Kong iaitu Tang Chun Man dan Tse Ying Suet pada pusingan 16 China Masters 2024.
Pertembungan itu terhasil selepas Tien Ci-Chiew Sien berhasil mengatasi cabaran beregu Algeria No.45 dunia, Koceila Mammeri dan Tanina Violette Mammeri pada pusingan 32, pada hari ini.
Pertarungan tersebut berakhir dengan Tien Ci-Chiew Sien merakamkan kemenangan secara “straight set” menerusi skor 21-15 dan 21-13 dalam tempoh setengah jam permainan.
Sementara itu, Chun Man-Ying Suet, beregu No.7 dunia, melakar kemaraan yang sama selepas menumpaskan beregu Thailand, Dechapol Puavaranukroh dan Supissara Paewsampran menerusi skor 21-13, 17-21 dan 21-17 dalam tempoh sekitar satu jam permainan.
Untuk makluman, pertemuan untuk merebut tiket ke peringkat suku akhir bagi Jelajah Dunia BWF Super 750 pada hari esok merupakan yang pertama melibatkan kedua-dua pasangan ini.