Beregu lelaki No.1 tanah air, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik akan bertembung gandingan yang menghuni ranking keenam dunia, He Ji Ting dan Ren Xiang Yu pada peringkat suku akhir China Masters 2024.
Pertembungan itu terhasil susulan Aaron-Wooi Yik yang diletakkan selaku pilihan kelima kejohanan berhasil menumpaskan rakan senegara, Nur Mohd Azriyn Ayub dan Tan Wee Kiong pada peringkat pusingan 16, sebentar tadi.
Dalam pertarungan tersebut, Aaron-Wooi Yik melakar kemenanganke atas Azriyn-Wee Kiong secara “straight set” menerusi skor 21-13 dan 21-19 dalam masa 36 minit.
Sementara itu, Ji Ting-Xiang Yu merangkap naib juara Terbuka China mara selepas menundukkan beregu Malaysia, Arif Junaidi dan Yap Roy King juga secara “straight set” menerusi skor 21-10 dan 21-19.
Untuk makluman semua, pertemuan yang akan berlangsung pada hari esok melibatkan Aaron-Wooi Yik dan Ji Ting-Xiang merupakan yang ketiga di pentas antarabangsa.
Dua pertembungan yang berlangsung sebelum ini berakhir dengan seimbang dengan Ji Ting-Xiang Yu meraih kemenangan di China Masters 2023 dan Aaron-Wooi Yik melakar kemenangan di Terbuka Denmark 2023.
Featured Image: BAM