Teka-teki mengenai individu yang akan mengisi jawatan Ketua Jurulatih Perseorangan Kebangsaan terjawab apabila Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlantikan Kenneth Jonassen.
Pengumuman kehadiran Jonassen, 50 tahun, dari Denmark tersebut turut dikongsikan sendiri oleh BAM di pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini.
Difahamkan, khidmat Jonassen diikat oleh BAM untuk mengetuai barisan kejurulatihan perseorangan lelaki dan wanita kebangsaan selain bekerja rapat dengan Pengarah Kejurulatihan BAM, Rexy Mainaky.
Untuk makluman, Jonassen merupakan watak penting yang membantu Viktor Axelsen meraih pingat emas Sukan Olimpik 2020 serta gelaran juara dunia pada tahun 2017.
Bahkan Jonassen juga memainkan peranan penting dalam membentuk legasi badminton Denmark selama 13 tahun bersama badan induk di negara kelahirannya itu.
Sebelum ini, Jonassen turut pernah berkhidmat sebagai ketua jurulatih untuk England.
BAM memaklumkan Jonassen akan memulakan tugasnya selaku Ketua Perseorangan Kebangsaan pada 4hb Januari 2025 dan diberikan kontrak selama empat tahun.
Featured Image: BAM