
Khdmat pemain tengah kelahiran Uzbekistan, Nurillo Tukhtasinov nampaknya dapat digunakan oleh Terengganu FC sehingga ke penghujung tahun hadapan.
Ianya susulan pemain berusia 27 tahun tersebut telah menandatangani kontrak lanjutan untuk kekal bersama Terengganu FC yang kini menghuni tangga keempat Liga Super sehingga Disember 2025.
Perkembangan tersebut diumumkan oleh Terengganu FC menerusi pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini.
Dikhabarkan, pemain yang telah membuat 20 penampilan dan menjaringkan empat gol pada musim ini telah menerima beberapa tawaran dari kelab lain.

Bagaimanapun, Nurillo menolak tawaran-tawaran tersebut dan membuat keputusan untuk meneruskan baki saingan musim ini dan musim berikutanya bersama Terengganu FC.
Sebagai rekod, Nurillo yang pernah dinobatkan selaku pemain tengah terbaik saingan liga negara kelahirannya mula menyertai Terengganu FC pada Julai 2023.
Pada musim lalu, Nurillo menjadi taruhan utama bekas ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner dengan menurunkannya sebanyak 22 kali dalam pelbagai pertandingan termasuk saingan Piala AFC 2023.
Kelibat Nurillo juga telah membantu Terengganu FC mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia serta perlawanan akhir Piala FA.
Featured Image: Terengganu FC