Ranking FIFA: Harimau Malaya Catat Peningkatan

November 28, 2024
Bola Sepak

Hafiz Omar

Skuad bola sepak kebangsaan bimbingan Pau Marti kini menghuni ranking ke-132 dunia – meningkat satu anak tangga berbanding kedudukan pada bulan lalu.

Peningkatan itu terlihat selepas Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) melakukan kemaskini terhadap Ranking Dunia pada hari ini.

Untuk makluman, skuad kebangsaan berjulukan Harimau Malaya berada di tangga terbabit dengan mengumpul 1,117.05 mata.

Peningkatan itu diraih susulan menumpaskan Laos 3-1 dan seri 1-1 menentang India semasa Jendela Perlawanan Antarabangsa FIFA sekitar pertengahan November baru-baru ini.

Pada masa yang sama, kedudukan ini turut mengesahkan Malaysia diletakkan dalam Balang 2 untuk undian pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2027 yang dijadualkan berlangsung pada 9hb Disember kelak.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd