
Jika pasukan berpangkalan di Lembah Klang iaitu Selangor FC bercita-cita untuk merangkul kejuaraan Piala Malaysia buat kali ke-34 pada musim ini maka ianya telah berkubur sama sekali.
Ini susulan skuad berjulukan Gergasi Merah bimbingan Katsuhito Kinoshi itu telah tersingkir daripada saingan Piala Malaysia 2024-25.
Penyingkiran itu berikutan Selangor tewas 2-3 secara agregat di tangan Sri Pahang FC selepas berakhirnya perlawanan timbal balik pusingan 16 yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Terdahulu, Selangor dan Sri Pahang terikat 1-1 pada aksi pertama pusingan yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh
Bagaimanapun, tiket kemaraan ke peringkat suku akhir menjadi milik anak-anak buah Fandi Ahmad apabila berhasil merekodkan kemenangan 2-1 pada malam ini hasil jaringan penalti oleh Manuel Hidalgo (25’) dan Sergio Aguero (84’).
Sementara itu jaringan tunggal oleh Selangor pula disumbangkan oleh kapten pasukan, Safuwan Baharudin (77’).
Susulan kemenangan ini, Sri Pahang berjulukan Tok Gajah akan berhadapan Perak FC pada peringkat suku akhir manakala Selangor pula akan beralih ke saingan Challenge Cup.
Featured Image: MFL