Piala FA: Juara Bertahan Bertembung Juara 14 Kali Di Pusingan 3

December 3, 2024
Bola Sepak

Hafiz Omar

Juara bertahan Piala FA England, Manchester United akan memulakan kempen bagi pertandingan kalah mati musim ini dengan bertemu juara sebanyak 14 kali bagi saingan yang sama iaitu Arsenal pada pusingan ketiga.

Pertembungan itu diputuskan secara rasmi selepas pihak penganjur selesai mengadakan majlis undian yang turut melibatkan kelab-kelab daripada saingan Liga Kejuaraan dan Liga Premier (PL) di Old Trafford, pada awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Sementara itu, hasil undian itu menyaksikan naib juara edisi lalu, Manchester City bertemu kelab dimiliki oleh bekas pemain-pemain Manchester United iaitu Garry Neville, Ryan Giggs, Phil Neville, Nicky Butt, Paul Scholes dan David Beckham iaitu Salford City.

Sementara itu, pendahulu PL merangkap juara Piala FA sebanyak lapan kali pula akan berhadapan dengan kelab yang beraksi dalam divisyen keempat bola sepak England iaitu Accrington Stanley.

Baki 29 pertembungan lain adalah seperti berikut:

  • Southampton v Swansea City 
  • Exeter City v Oxford United
  • Leyton Orient v Derby County
  • Reading v Burnley
  • Aston Villa v West Ham United
  • Norwich City v Brighton & Hove Albion
  • Millwall v Dagenham & Redbridge
  • Bristol City v Wolverhampton Wanderers
  • Preston North End v Charlton Athletic
  • Chelsea v Morecambe
  • Middlesbrough v Blackburn Rovers
  • AFC Bournemouth v West Bromwich Albion
  • Mansfield Town v Wigan Athletic
  • Tamworth v Tottenham Hotspur
  • Hull City v Doncaster Rovers
  • Sunderland v Stoke City
  • Leicester City v Queens Park Rangers
  • Brentford v Plymouth Argyle
  • Coventry City v Sheffield Wednesday
  • Newcastle United v Bromley
  • Everton v Peterborough United
  • Wycombe Wanderers v Portsmouth
  • Birmingham City v Lincoln City
  • Leeds United v Harrogate Town
  • Nottingham Forest v Luton Town
  • Sheffield United v Cardiff City
  • Ipswich Town v Bristol Rovers
  • Fulham v Watford
  • Crystal Palace v Stockport County

Pihak penganjur memaklumkan kesemua pertambungan ini dijadualkan berlangsung pada Sabtu dan Ahad iaitu 11hb dan 12hb Januari 2025. Bagaimanapun, tarikh dan masa sepak mula bagi setiap pertembungan itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd