
Pemain beregu bertaraf legenda dari Indonesia, Hendra Setiawan mengumumkan akan menggantung raketnya sekitar penghujung Januari 2025.
Pengumuman mengejutkan itu dikongsikan sendiri oleh Hendra, 40 tahun, menerusi satu hantaran di akaun Instagram peribadinya, pada Selasa.
“35 tahun sudah saya berada di dalam dunia badminton. Saya rasa saat ini adalah saat yang tepat untuk memutuskan bahawa saya akan mengakhiri karier saya sebagai atlet badminton.
“Indonesia Masters 2025 akan menjadi turnamen (pertandingan) terakhir saya,”
“Terima kasih untuk kepada Tuhan kerana saya diberi kesempatan bisa bermain sampai sejauh ini dan semua impian saya di dunia badminton sudah tercapai.” tulisnya.
Hendra mula bermain badminton dari kampung halamannya, Pemalang dari tahun 1990 cukup terkenal menerusi gandingannya bersama allahyarham Markis Kido dan Mohammad Ahsan.
Bersama kedua-dua pemain tersebut, Hendra berjaya meraih hampir kesemua gelaran juara bagi kejohanan utama badminton seperti pingat emas Sukan Olimpik, dua pingat emas Sukan Asia, empat gelaran Kejohanan Dunia, dua gelaran Kejohanan Asia dan kejuaraan Piala Thomas.
Selain daripada bergandingan dengan pemain tersebut, Hendra juga pernah membentu gandingan bersama pemain handalan negara, Tan Boon Heong.
Untuk makluman semua, saingan Indonesia Masters 2025 dijadualkan berlangsung dari 21hb hingga 26hb Januari.
Featured Image: PERODUA Malaysia Masters