
Beregu wanita No.1 tanah air, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan terpaksa aku gagal menempatkan diri ke peringkat separuh akhir Jelajah Dunia Akhir BWF 2024.
Pengesahan itu hadir selepas gandingan pemain berusia 24 dan 26 tahun masing-masing itu tewas perlawanan kedua peringkat Kumpulan A yang berlangsung pada hari ini.
Lebih mengejutkan, Pearly-Thinaah yang menghuni ranking keenam dunia tewas perlawanan terbabit di tangan beregu India yang pernah ditumpaskan sebanyak lima kali sebelum ini, Treesa Jolly dan Gayatri Gopichand Pullela.
HSBC BWF World Tour Finals 2024
— BWFScore (@BWFScore) December 12, 2024
WD – R2
🇮🇳Treesa JOLLY🏅
21 21 🇮🇳GAYATRI GOPICHAND PULLELA🏅
🇲🇾TAN Pearly
19 19 🇲🇾THINAAH Muralitharan
🕚 in 46 minutes
Bukan itu sahaja, pertembungan itu berakhir dengan Pearly-Thinaah tewas di tangan Treesa-Gayatari, ranking ke-13 dunia, secara “straight set” menerusi skor 19-21 dan 19-21 dalam tempoh masa 47 minit.
Keputusan pada hari ini meletakkan Pearly-Thinaah di tangga tercorot Kumpulan A tanpa sebarang mata.
Semalam, Pearly-Thinaah tewas perlawanan pertama di tangan beregu Jepun, Nami Matsuyama dan Chiharu Shida menerusi skor 13-21, 21-17 dan 21-18 dalam tempoh masa satu jam dan 14 minit.
Featured Image: OCM