FAM Lancar Jam CAT x Harimau Malaya 2.0 Edisi Terhad – Harga RM399
December 12, 2024 Hafizuddin Omar

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Marco Worldwide (M) Sdn. Bhd. yang merupakan pengedar rasmi jam tangan Caterpillar (CAT) tampil melancarkan jam tangan edisi terhad kedua di Wisma FAM, pada hari ini.

Berbeza dengan edisi pertama, jam tangan edisi kedua ini hadir dengan rekaan badan yang dibuat daripada keluli tahan karat disertakan dengan dua jenis tali iaitu besi tahan karat dan resin yang boleh ditukar.

Difahamkan sebanyak 600 utas dijual di dalam pasaran dan didatangkan dengan ukiran nombor siri khas bagi menambahkan lagi eksklusiviti jam tersebut.

Ianya mula dijual mulai 13hb Disember (Jumaat) dengan harga RM399 di semua kedai pengedar rasmi CAT di seluruh negara serta kedai dalam talian (online) di Shopee, Lazada dan Marco eStore.

Majlis pelancaran terbabit dihadiri oleh Presiden FAM, Tan Sri Dato’ Haji Hamidin Mohd. Amin; Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi dan Dato’ Sivasundaram serta Pengarah Eksekutif Marco Corporation, Ong Sim Jeng dan Pengurus Operasi Time Network Ltd, Bernard Wu.

Dalam majlis tersebut, Hamidin turut diberikan seutas jam tangan tersebut dengan nombor siri 001 disampaikan oleh wakil CAT.

Featured Image: FAM

Komen