
Perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia behasil mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 biarpun masih berbaki satu lagi perlawanan peringkat Kumpulan A.
Pengesahan itu menjelma selepas Zii Jia berjaya menumbangkan rakan karibnya dari Denmark, Anders Antonsen dengan bergaya pada aksi kedua peringkat kumpulan, pada hari ini.
Dalam pertarungan tersebut, Zii Jia, yang berada di ranking kelapan dunia, menumpaskan Antonsen, pemain No.2 dunia, secara “straight set” menerusi skor 21-14 dan 21-19 dalam tempoh masa 47 minit.
HSBC BWF World Tour Finals 2024
— BWFScore (@BWFScore) December 12, 2024
MS – R2
21 21 🇲🇾LEE Zii Jia🥇
14 19 🇩🇰Anders ANTONSEN
🕚 in 47 minutes
Untuk makluman, ini merupakan pertembungan kesepuluh melibatkan kedua-dua pemain di pentas antarabangsa dan skor pada hari ini menjadikan rekod Zii Jia dan Antonsen seimbang dengan lima kemenangan masing-masing.
Pada masa yang sama, keputusan itu membolehkan Zii Jia mengumpul dua mata daripada dua perlawanan sekaligus mengungguli Kumpulan A sementara Antonsen dan Li Shi Feng di tangga kedua dan ketiga dengan pungutan satu mata masing-masing.
Sekiranya, Zii Jia tewas perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Shi Feng pada hari esok, Zii Jia tetap berada dalam kelompok dua teratas Kumpulan A.
Berdasarkan rekod, Zii Jia pernah bertemu Shi Feng sebanyak lima kali sebelum ini dimana anak kelahiran Alor Setar itu hanya merekodkan dua kemenangan sementara Shi Feng, penghuni ranking keenam dunia, mencatatkan tiga kemenangan.