Jelajah Dunia Akhir: RM221,700 Sudah Terjamin Masuk Poket Tang Jie-Ee Wei, Soon Huat-Shevon

December 13, 2024
Badminton

Hafiz Omar

Ganjaran wang tunai sebanyak AS$50,000 atau bersamaan sekitar RM221,700 dijamin bakal masuk ke dalam poket dua beregu campuran terbaik negara iaitu Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei serta Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai.

Ini susulan kedua-dua pasangan yang menghuni ranking kelapan dan kesepuluh dunia terbabit berjaya mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir Jelajah Dunia Akhir BWF 2024.

Pengesahan itu hadir selepas kedua-dua muncul juara dan naib juara Kumpulan B.

Tang Jie-Ee Wei bukan sahaja muncul juara bahkan melakar 100% kemenangan selepas menumbangkan kesemua lawannya, Soon Huat-Shevon, Dejan Ferdinansyah-Gloria Widjaja (Indonesia) dan akhir sekali, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito (Jepun) sekaligus memungut tiga mata penuh daripada tiga perlawanan peringkat kumpulan.

Sementara itu, Soon Huat-Shevon, selepas tewas di tangan Tang Jie-Ee Wei, bangkit mencatatkan kemenangan ke atas Hiroki-Gloria dan Dejan-Gloria pada perlawanan kedua dan ketiga masing-masing memadai sekaligus mengutip dua mata yang memadai untuk meletakkan mereka selaku naib juara Kumpulan B.

Lawan bagi Tang Jie-Ee Wei dan Soon Huat-Shevon akan diketahui selepas penganjur melangsungkan sesi undian bagi peringkat kalah mati apabila selesai kesemua saingan peringkat kumpulan.

Featured Image: Olympic Council of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd