Jelajah Dunia Akhir: Pearly-Thinaah Bawa Pulang RM77,927.50
December 13, 2024 Hafizuddin Omar

Wang tunai sebanyak AS$17,500 atau bersamaan sekitar RM77,927.50 mengiringi beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan setelah disahkan menamatkan kempen Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di tempat terakhir dalam Kumpulan A.

Gandingan pemain berusia 24 dan 26 tahun masing-masing itu disahkan berada di kedudukan berkenaan selepas tewas perlawanan terakhir menentang pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2024 dari China, Liu Sheng Shu dan Tan Ning, sebentar tadi.

Ianya merupakan pertembungan kesepuluh melibatkan kedua-dua pasangan terbabit dan Pearly-Thinaah tewas aksi tersebut menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 9-21, 21-18 dan 18-21 dalam tempoh masa satu jam dan 16 minit.

Sebelum itu, Pearly-Thinaah tewas aksi pertama dan kedua Kumpulan A di tangan Nami Matsuyama-Chiharu Shida (21-13, 17-21 & 18-21) dan Treesa Jolly-Gopichand Pullela (19-21 & 19-21) dari Jepun dan India masing-masing.

Sebagai rekod, ini merupakan kali kedua Pearly-Thinaah menamatkan kempen Jelajah Dunia Akhir BWF tanpa mengutip sebarang mata selepas edisi yang berlangsung pada tahun 2022.

Setakat ini, pencapaian terbaik mereka di kejohanan ini hadir ketika julung kalinya layak pada edisi tahun 2021 iaitu menamatkan saingan peringkat kumpulan di tangga ketiga hasil mengutip satu mata.

Featured Image: BAM

Komen