
Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin terpaksa akur dengan gelaran naib juara Jelajah Dunia Akhir BFW 2024 selepas tewas perlawanan akhir menentang beregu No.3 dunia dari Denmark, Kim Astrup dan Anders Skaarup Rasmussen.
Pertembungan yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Hangzhou itu menyaksikan Sze Fei-Izzuddin tewas dengan menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 17-21, 21-17 dan 11-21.
Sebagai rekod, ini merupakan kekalahan dialami Sze Fei-Izzuddin selepas sepuluh kali bertembung dengan Kim-Anders termasuk ketika perlawanan pembukaaan peringkat Kumpulan A bagi saingan yang sama ini, baru-baru ini.
Biarpun sekadar meraih gelaran naib juara, Sze Fei-Izzuddin tetap membawa pulang wang tunai lumayan bernilai AS$100,000 atau bersamaan sekitar RM445,300 selain tambahan 12,000 mata untuk dimasukkan dalam pengiraan Ranking Dunia,
Dijangka, pertambahan mata itu akan meningkatkan kedudukan Sze Fei-Izzuddin di dalam Ranking Dunia pada kemaskini yang berikutnya.
Sebagai tambahan, Sze Fei-Izzuddin bukan sahaja mara ke perlawanan akhir dalam penyertaan sulungnya di Jelajah Dunia Akhir BWF bahkan turut mencipta sejarah menjadi beregu lelaki Malaysia pertama menjejakkan kaki di situ sejak saingan ini bermula pada tahun 2018.
Featured Image: Facebook Victor