
Perkembangan era digital yang berkembang pesat membolehkan peminat dan pemain bola sepak serta para atlet sukan secara amnya untuk berinteraksi mahupun berkongsi pendapat secara langsung menerusi pelbagai platform media sosial.
Namun begitu, perkembangan ini turut membuka ruang kepada budaya buli siber – komen kasar, ugutan dan fitnah terhadap para pemain – yang semakin membimbangkan.

Penjaga gol skuad bola sepak senior kebangsaan, Haziq Nadzli menjadi mangsa buli siber terbaru apabila kesilapan yang dilakukannya ketika bertemu Thailand pada aksi ketiga saingan Piala ASEAN 2024.
Pelbagai komen kasar, hinaan bahkan ugutan dilontarkan oleh orang ramai kepadanya termasuk ahli keluarganya mendapat respon bernada kesal daripada isterinya sendiri, Eyra Hazali.
HENTIKAN BULI SIBER: SUARAKAN SOKONGAN BUKAN KEBENCIAN
— PFA Malaysia 🇲🇾 (@pfamalaysia) December 18, 2024
Media sosial sepatutnya mendekatkan peminat dengan pemain bola sepak, bukan menjadi gelanggang untuk menjatuhkan semangat mereka.
Lebih lanjut ⤵️ pic.twitter.com/QxiqEmlqyH
Persatuan Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) menerusi satu kenyataan media pada hari ini mengajak peminat dan penyokong menghentikan budaya ini kerana boleh menimbulkan kesan negatif terhadap pemain itu sendiri.
“Isu ini menimbulkan kesan negatif terhadap mental pemain bola sepak, merendahkan keyakinan diri dan merosakkan fokus dalam perlawanan. Keluarga pemain yang tidak terbabit secara langsung dalam turut terkesan secara emosi apabila kecaman dilemparkan kepada mereka. Ada juga kes di mana pemain terpaksa menutup akaun media sosial bagi melindungi diri daripada tekanan yang tidak terkawal.” tulis kenyataan oleh PFAM.

Seruan oleh PFAM ini bukanlah bermaksud para pemain tidak boleh dikritik tetapi pemain-pemain bola sepak, sebagai seorang manusia biasa, berhak dihormati.
“Sokongan positif dan kritikan membina adalah lebih bermanfaat berbanding penghinaan atau ugutan. Dengan usaha bersama, buli siber terhadap pemain bola sepak dan keluarga mereka dapat dikurangkan, sekaligus membentuk persekitaran sukan yang lebih sihat dan harmoni di Malaysia.” tambah kenyataan itu lagi.
“PFAM menyeru semua penyokong bola sepak agar menjaga tutur kata, samada di stadium atau di media sosial. Kritiklah dengan adab dan hormat, jangan libatkan keluarga atau mendoakan keburukan.”
“Ingat, pemain juga manusia yang punya perasaan.” pesan PFAM lagi.
Featured Image: PFAM