Lagu berjudul Waka Waka (This Time for Africa) nyanyian penyanyi kelahiran Colombia, Shakira mencipta rekod sebagai Lagu Rasmi Piala Dunia FIFA paling banyak distrim menerusi Spotify.
Lagu rasmi bagi saingan Piala Dunia FIFA 2010 tersebut merekodkan strim sebanyak 1,012,897,443 di Spotify setakat 15hb Ogos 2024.
Jumlah itu disumbangkan menerusi strim sebanyak 855,617,305 dan 41,074,639 dalam versi bahasa Inggeris dan Sepanyol masing-masing. Selain itu, ianya turut merekodkan strim sebanyak 52,113,919 (Inggeris) dan 59,291,520 (Sepanyol) dalam versi K-Mix.
Manakala nyanyian lagu itu menerusi versi persembahan langsung daripada album Live from Paris yang diterbitkan pada tahun 2011 mencatatkan strim sebanyak 4,800,060.

Rekod tersebut diratifikasi sendiri oleh Rekod Dunia Guinness (Guinness World Record).
Untuk makluman, Piala Dunia FIFA 1990 yang berlangsung di Itali adalah yang pertama mengeluarkan lagu rasmi kejohanan dengan judul Un’estate italiana (Notti magiche) bermaksud Untuk Menjadi Nombor Satu (To Be Number One) nyanyian Edoardo Bennato dan Gianna Nannini.
Senarai lagu rasmi Piala Dunia FIFA edisi seterusnya:
- Piala Dunia 1994: Gloryland – Daryl Hall & Sounds of Blackness
- Piala Dunia 1998: La Copa de la Vida (The Cup of Life) – Ricky Martin
- Piala Dunia 2002: Boom – Anastacia
- Piala Dunia 2006: The Time of Our Lives – Il Divo & Toni Braxton
- Piala Dunia 2010: Waka Waka (This Time for Africa) – Shakira
- Piala Dunia 2014: We Are One (Ole, Ola) – Pitbull, Jennifer Lopez & Claudia Leitte
- Piala Dunia 2018: Live It Up – Nicky Jam, Will Smith & Era Istrefil
Saingan Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar pula mempunyai lagu rasmi lebih daripada satu judul iaitu Hayya Hayya (Better Together), Arhbo, Dreamers dan Light The Sky.