
Kehangatan pertembungan Malaysia dan Singapura dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A saingan Piala ASEAN 2024 bukan sahaja menarik kehadiran peminat tempatan dan penyokong dari negara seberang tambak.
Pelancong dari Jerman yang baru sahaja dua hari tiba di Malaysia, Johannes Piepel dan Romina Zettl antara yang mengambil peluang untuk turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menyaksikan pertembungan itu, pada hari ini.
Biarpun tidak mengetahui dengan begitu mendalam mengenai skuad negara berjulukan Harimau Malaya, keputusan untuk membeli tiket dan hadir ke stadium itu dilakukan oleh kedua-duanya atas dasar minat terhadap bola sepak.
Johannes yang merupakan penyokong VfL Bochum 1848 – kelab yang beraksi dalam kancah Bundesliga – menjelaskan perlawanan dan kejohanan ini diketahuinya daripada internet dan segera membeli tiket untuk turun menyaksikannya.
Bukan itu sahaja, ini julung kalinya Johannes dan Romina turun menyaksikan perlawanan bola sepak secara langsung di stadium ketika melancong di rantau asia tenggara.
Untuk makluman, pertembungan melibatkan Malaysia dan Singapura yang menghuni ranking ke-132 dan ke-160 masing-masing ini akan menjadi perlawanan penentu untuk mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir Piala ASEAN 2024.
21,157 TIKET TELAH TERJUAL!
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 20, 2024
4️⃣ jam lagi menjelang aksi terakhir Kumpulan A, Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024, Malaysia lwn Singapura di Std. Nasional, Bukit Jalil, 9:00 mlm ini.
Tiket masih boleh dibeli di https://t.co/QN0mlnIy4i#FAM #HarimauMalaya #MitsubishiElectricCup pic.twitter.com/glmUmA195t