
Penghuni tangga ketiga Liga Premier (PL) iaitu Arsenal terpaksa akur kehilangan pemain tonggaknya, Bukayo Saka bagi tempoh beberapa minggu.
Ini berikutan pemain yang menyarung jersi bernombor tujuh berkenaan mengalami kecederaan ketika beraksi menentang Crystal Palace pada Ahad lalu.
Dalam perlawanan tersebut, Saka hanya beraksi selama 24 minit sahaja sebelum terpaksa dikeluarkan dan digantikan dengan Leandro Trossard.
Perkembangan mengenai Saka itu dikongsikan sendiri oleh pengurus, Mikel Arteta dalam sidang media praperlawanan menentang Ipswich Town pada Isnin.
Bagaimanapun, tiada sebarang penjelasan lanjut mengenai kecederaan dialami Saka dikongsikan oleh Arteta.
Bertambah malang, Arsenal juga tidak boleh mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Saka itu dengan Raheem Sterling memandangkan pemain ini juga mengalami kecederaan.
Dengan kedua-dua pemain sayapnya itu mengalami kecederaan, Arteta melihat bakal mempertaruhkan beberapa nama untuk mengisi posisi tersebut antaranya Gabriel Martinelli, Gabriel Jesus, Ethan Nwaneri, Leo Trossard dan Kai Harvertz.
Featured Image: Arsenal